Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, bersempena musim haji tahun ini.Seri Paduka ke Arab Saudi untuk melakukan lawatan khas selama tiga hari bermula Jumaat lalu atas undangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud.Antara detik-detik manis umrah baginda ialah apabila anakanda baginda Tengku Amir Nasser ibni Al-Sultan Abdullah mengguntingkan sendiri rambut baginda ketika rukun terakhir iaitu tahallul dan tertib.Al Sultan Abdullah turut berkesempatan mengucup hajar aswad dan menunaikan solat sunatdi dalam kawasan Hijir Ismail sebelum berangkat meninggalkan mekah dan kembali semula ke Jeddah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini