Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan senario banjir yang melanda ibu negara malam tadi, seakan-akan banjir yang terjadi pada 1971.

Rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia terutamanya pada Disember dan Januari, yang memperlihatkan impak banjir yang seperti berulang.

Seri Paduka bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli turun padang membuat lawatan peribadi menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, pagi tadi.

Baginda menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan berpesan supaya terus bersabar dengan keadaan yang berlaku.

Baginda juga berharap agar kerajaan dapat menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada semua mangsa yang terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini