Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ni berkenan terima kunjungan hormat Putera Faisal Farhan Al Saud, Menteri Luar Arab Saudi di Istana negara.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Dalam sesi mengadap yang  berlangsung selama 30 minit itu, Yang diPertuan Agong dan Putera Faisal telah menyentuh berkenaan hubungan dua hala dan persahabatan yang utuh terjalin antara kerajaan kedua-dua negara sejak 1957.

Turut dibincangkan usaha-usaha pengukuhan ekonomi dan perdagangan di samping isu serantau dan antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan dan rasa suka cita terhadap hubungan yang terjalin termasuk sumbangan dan bantuan yang dihulur kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ketika memerangi pandemik COVID-19 dan pasca pemulihannya serta kuota pasca pandemik jemaah haji Malaysia.

Baginda menzahirkan penghargaan kepada Putera Faisal atas jemputan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi di samping mendoakan keafiatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, penjaga Dua Masjid Suci.

Majlis menghadap ini merupakan antara agenda lawatan rasmi pertama Putera Faisal ke Malaysia selama 2 hari bermula semalam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan

Tahun lepas , Arab Saudi menjadi rakan dagang kedua terbesar selepas Emiriah Arab Bersatu dengan jumlah dagangan bernilai RM17.56 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini