Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat  tahun ini.

Menzahirkan ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Keempat-empat pelajar itu ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, Muhamad Danish Imran Zainudin, Qarin Loqman Safriza dan Zarif Mohd Zamrin.

Mereka akan menyertai lima pelajar Malaysia yang sedang menjalani latihan di Akademi Perkhidmatan Amerika iaitu satu di Akademi Tentera dan masing-masing dua di Akademi Tentera Laut serta Akademi Tentera Udara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini