Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-11, Jeneral Bersara Tan Sri Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah, ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua berharap agar ahli keluarga Allahyarham sabar serta tabah hadapi dugaan tersebut

Istana Negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini