Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2, Pahang SEMALAM.Al-Sultan Abdullah, menitahkan supaya pihak berkuasa yang terlibat, segera memberi bantuan termasuk membina semula tiga buah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.Dalam kejadian tersebut, mereka yang maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu ialah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anaknya iaitu Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, serta Muhammad Adam Daniel, 7.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini