Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 kepada seluruh wartawan dan pengamal media serta mereka yang telah bersara.

Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan  wartawan serta pengamal media dalam menjalankan tugas tanpa mengira cuaca dan situasi.

Ini termasuk menyampaikan maklumat dan melaporkan berita tepat, terkini sama ada menerusi televisyen, surat khabar, radio mahupun portal dalam talian.

Seri Paduka juga menasihati wartawan dan pengamal media supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga etika kewartawanan serta memastikan integriti dan akauntabiliti dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan.

Menyifatkan sebagai wira yang tidak didendang, Seri Paduka bertitah peranan wartawan dan pengamal media amat penting dalam pembangunan negara dan memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini