Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan dan pengendali satelit utama negara, Measat Global Berhad (MEASAT) atas kejayaan pelancaran Satelit MEASAT-3D, awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan media rasmi Istana Negara, baginda menzahirkan rasa sukacita dengan kejayaan tersebut yang disifatkan amat bermakna buat rakyat seluruh Semenanjung Sabah dan Sarawak apabila dapat menikmati internet berkelajuan tinggi menerusi perkhidmatan jalur lebar satelit.

Al-Sultan Abdullah bertitah, ia juga selaras dengan inisaitif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk merapatkan jurang ketersambungan digital dan mewujudkan masyarakat inklusif digital.

Baginda turut menzahirkan harapan agar dengan akses Internet yang stabil dan pantas ini membolehkan rakyat memperoleh pelbagai manfaat sosioekonomi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajaran digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini