AgroBank akan memperkenalkan Skim Perlindungan Crop Takaful, khusus bagi membantu pelanggan yang ditimpa bencana alam.

Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar berkata, skim pertama seumpamanya di Malaysia itu, dijangka mula dilaksanakan pada suku pertama 2022.

Skim Perlindungan Crop Takaful, lanjutan kepada inisiatif sedia ada, yang ditawarkan kepada pelanggan terjejas banjir.

Skim Perlindungan Crop Takaful berupaya memberikan perlindungan lebih baik terhadap perniagaan pelanggan, menerusi pembayaran pampasan dan tuntutan yang lebih mudah dan cepat.

Sekali gus menjamin kelangsungan hidup pelanggan yang terkesan dalam tempoh jangka panjang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini