Kementerian Kesihatan, KKM akan memberi dos penggalak kepada Ahli Parlimen bermula esok dan tarikh seterusnya yang akan ditetapkan kelak.

Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, KKM akan memberi dos berkenaan bermula jam 9.30 pagi di bangunan Parlimen. 

Menurut Datuk Mod Rashid, pemberian dos penggalak itu adalah memandangkan Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

Selain itu, 3 November ini, Dewan Rakyat akan bersidang sehingga jam 2 petang bagi membolehkan ahli parlimen pulang ke kawasan masing-masing bagi menyambut perayaan Hari Deepavali.

Beliau menyampaikan pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat itu selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini