Sekumpulan ahli arkeologi Mesir temui ratusan artifak purba seperti buku ritual kematian, keranda dan patung gangsa di Tanah Perkuburan Nekropolis Saqqara,  Kaherah baru-baru ini.

Artifak-artifak itu dijumpai selepas proses penggalian dijalankan di tanah perkuburan tersebut.

Nekropolis Saqqara adalah sebahagian daripada tanah perkuburan ibu kota kuno Memphis yang baru ditemui. Kini, tapak itu menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dengan penemuan arkeologi tersebut, Kerajaan Mesir berharap ia akan membantu memulihkan industri pelancongan negara itu yang sangat memerlukan mata wang asing serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini