Ahli arkeologi di Peru di tapak penggalian di pinggir ibu negara Lima menemukan mumia yang dipercayai berusia antara 800 dan 1,200 tahun.

Lebih mengejutkan, mumia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun diikat dengan tali.

Mumia itu ditemukan di tempat pengebumian yang panjangnya kira-kira tiga meter dan pada kedalaman kira-kira 1.4 meter.

Ahli arkeologi, Pieter Van Dalen, yang mengetuai projek Cajamarquilla menyifatkan penemuan itu sebagai ‘pelik dan unik’.

Mumia itu mungkin dikebumikan di antara 800 dan 1200 Masihi.

Menurut kumpulan penyelidik di Universiti San Marcos, pada satu sisi mumia itu, pakar menemui rangka babi guinea Andes yang kelihatan seperti anjing.

Kesan jagung dan sayur-sayuran lain turut ditemui di tapak pengebumian itu.

Van Dalen memaklumkan, Cajamarquilla adalah pusat bandar yang mungkin pernah didiami 10,000 hingga 20,000 penduduk satu masa dulu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini