Ahli arkeologi menemui kubur besar purba yang mengandungi mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak pra-Columbus.

Hampir semua rangka yang ditemui di kubu Chan Chan di utara Peru, kira-kira tiga minggu lalu itu masih kekal lengkap.

25 mayat kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta berpuluh-puluh seramik serta objek seperti jarum yang digunakan dalam proses tekstil turut ditemui.

Chan Chan bermaksud ‘Matahari yang gemilang’ dalam bahasa Chimu ialah kubu budaya Chimu, yang dibina antara tahun 900 dan 1450 di pantai utara Peru.

Kubu Chan Chan diisytihar Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1986.

Di kawasan itu, mayat pra-Columbus dan artifak sering ditemui oleh pekerja yang memasang paip gas di bandar Lima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini