Ahli KWSP kini boleh melanggan sehingga lapan dana unit amanah daripada maksimum lima institusi pengurusan dana, FMI dalam satu urus niaga pembelian.

Kemudahan tersebut khusus bagi ahli yang menggunakan kemudahan pelaburan dalam talian layan diri i-Invest. Sebelum ini, langganan dana unit amanah diterhadkan kepada satu FMI bagi satu urus niaga.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan ini membolehkan ahli mengakses kemudahan dengan lebih baik ketika membuat pilihan pelaburan. Selain itu, pengguna i-Invest perlu membuat penilaian kesesuaian pelaburan, sebelum melakukan sebarang urus niaga.

Kemudahan i-Invest KWSP, yang dilancarkan pada Ogos 2019 merupakan platform digital pelbagai fungsi, yang membolehkan ahli membuat pelaburan, transaksi dan memantau unit amanah mereka pada bila-bila masa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini