Ahli-ahli Parlimen Kerajaan telah diberikan taklimat dan ruang mengutarakan soalan serta pandangan mengenai inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi tahun 2022 semalam.

Menerusi sesi taklimat itu, Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, KKMM turut memaklumkan inisiatif-inisiatif kementerian yang terkini kepada Ahli Parlimen bagi perhatian dan tindakan selanjutnya.

Beliau berkata kepada media, selepas sesi taklimat selama hampir satu jam yang disampaikan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek sebelum majlis dibuka untuk sesi soal jawab.

Antara isi taklimat itu adalah Intipati Belanjawan Tahun 2022 dan program KKMM termasuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia serta Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini