Ahli-ahli Parlimen Latvia yang masih belum mendapatkan vaksin COVID-19 tidak dibenar berkhidmat dan tidak mendapat gaji mulai Isnin depan.

Peraturan baharu dikuatkuasakan susulan keengganan dua ahli Parlimennya divaksin.

Kerajaan Latvia turut membenarkan majikan di negara itu memberhentikan pekerja yang tidak mahu divaksin di bawah peraturan baharu bagi membendung penularan COVID-19.

Pekerja berkenaan akan dibuang dan diberikan pampasan satu bulan gaji.

Penduduk yang belum divaksinasi juga tidak dibenar pergi ke pusat-pusat beli-belah yang mempunyai keluasan lebih 1,500 meter persegi.

Kerajaan Latvia dilaporkan akan menamatkan perintah berkurung ke atas penduduk antara jam 8 malam sehingga 6 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini