Ahli-ahli Parlimen di Latvia yang masih belum mendapatkan vaksin Covid-19 tidak dibenar berkhidmat dan mendapat gaji mulai Isnin depan. Peraturan baharu itu dikuatkuasakan susulan keengganan dua ahli Parlimen-nya divaksin. Kerajaan Latvia turut membenarkan majikan di negara itu memberhentikan pekerja yang tidak mahu divaksin di bawah peraturan baharu bagi membendung penularan COVID-19.

Pekerja yang masih belum menerima suntikan vaksin pula tidak akan mendapat gaji selama tiga bulan. Sekiranya masih tidak mahu mendapatkan vaksin, majikan dibenar membuang mereka dan diberikan pampasan satu bulan gaji.

Penduduk yang belum divaksinasi juga tidak dibenar ke pusat beli-belah yang mempunyai keluasan lebih seribu 500 meter persegi. Kerajaan juga akan menamatkan perintah berkurung yang dilaksanakan ke atas penduduk antara pukul 8 malam hingga 6 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini