Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan bersubahat membunuh juruteknik di Bandar Springhill, Lukut, November lalu.

R. Ravi, 53 tahun didakwa bersubahat dengan empat individu yang sudah dituduh di mahkamah sebelum ini termasuk seorang yang masih bebas kerana  membunuh A.Vasudevan, 39 tahun.

Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Springhill antara pukul 5.40 pagi hingga 9.45 pagi  13 November lalu.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk faham  selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V.Vanita.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 kanun  sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah  menetapkan 15 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini