Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam selepas dipercayai menjadi dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion. Tertuduh, Datuk Adly Kamarudin, 47 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Rozilah Salleh terhadap 69 pertuduhan.

Mengikut kesemua pendakwaan, tertuduh, didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Kesemua projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dinginyaman udara di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di beberapa buah negeri.

Kesalahan dilakukan bermula Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin.  Tertuduh juga perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.                                  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini