Kemenangan bersejarah amat bermakna buat keluarga Malaysia. Demikian ujar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas penantian 42 tahun berakhir, apabila Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, selepas membenam Bangladesh 4-1.

Menerusi satu kenyataan, beliau turut berharap pemain kekal fokus dan terus berusaha untuk memperoleh lebih banyak kejayaan. Beliau turut berterima kasih kepada ‘pemain ke-12’ kerana memberi sokongan padu kepada skuad negara di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Sorakan tanpa henti Ultras Malaya yang memeriahkan suasana, berjaya meniup semangat para pemain untuk beraksi dengan cemerlang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini