Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar berkuatkuasa, hari ini. Seorang lagi penggiat seni, Datuk Seri Eizlan Yusof turut dilantik sebagai Perunding Kreatif di Kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan itu selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

Kementerian juga akan menubuhkan Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) bagi mempromosi Diplomasi Budaya. Jawatankuasa itu akan mengukuhkan usaha meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan mengetengahkan warisan sejarah dan budaya negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini