Perkembangan perbicaraan rasuah berkaitan Sistem Visa Warga Asing (VLN) terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditangguhkan selepas pihak pembelaan mengemukakan surat kemasukan ke hospital dan surat keterangan perubatan kepada mahkamah. 

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa turut mengambil kira notis kehakiman permohonan pihak pembelaan melalui surat ke mahkamah bertarikh 23 Ogos bagi penangguhan minggu ini.

Dalam pada itu, peguam Hamidi Mohd Noh memberitahu kehadiran Datuk Seri Zahid ke mahkamah semasa prosiding adalah secara sukarela untuk menunjukkan “komitmennya” dengan tidak mengetepikan proses kehakiman.

Hakim Datuk Mohd Yazid kemudiannya mengingatkan semua pihak untuk hadir pada tarikh pendengaran selepas ini dan menegaskan tiada lagi penangguhan.

Mahkamah turut menetapkan 28 September hingga 24 Disember nanti sebagai tarikh perbicaraan. 

Datuk Seri Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada 22 Ogos, kerana mengadu sakit leher dan tulang belakang.

Dalam kes VLN, dia berhadapan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini