Penduduk Islam Thailand merayakan kedatangan Syawal dengan solat sunat Aidilfitri diadakan di seluruh wilayah selatan. Selain masjid, solat sunat Aidilfitri turut diadakan di tempat terbuka seperti Stadium Pusat Belia di Yala. Majoriti umat Islam Thailand mendiami kawasan selatan seperti Narathiwat, Pattani, Satun, Songkhla dan Yala. Selesai menunaikan solat sunat, kebanyakan khutbah berkisar kepada harapan komuniti Islam yang mahukan keamanan kekal di wilayah selatan itu.Wilayah berkenaan sejak sekian lama berdepan isu keselamatan seperti serangan bom dan pertempuran melibatkan tentera dan gerakan pemisah. Seperti umat Islam di negara lain, komuniti Islam Thailand kemudian saling kunjung mengunjungi bagi menyemarakkan sambutan kedatangan Syawal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini