Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Aidilfitri. Dalam kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), semua kenderaan kelas satu yang melalui JSAHMS Pulau Pinang akan menikmati diskaun tol pada 5 Jun, bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam. Diskaun sebanyak 10 peratus ini adalah sebagai menghargai para pengguna serta memudahkan urusan balik kampung para pengguna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini