Sempena Aidilfitri, 9 ribu 300 pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap siaga selama 24 jam bagi memastikan bekalan elektrik terjamin. Di Kuala Lumpur, 300 pekerja bertugas meliputi bahagian operasi TNB di stesen janakuasa, stesen janaelektrik dan Pusat Pengurusan Bekalan di Semenanjung Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pengedaran TNB, Datuk Ir. Baharin Din, pihaknya membelanjakan sebanyak 500 juta ringgit bagi memperkukuhkan sistem bekalan seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini