Pemain wanita negara, Aifa Azman melakar kejutan apabila muncul juara Skuasy Terbuka Malaysia dengan menewaskan pilihan utama, Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini. Meskipun berstatus sebagai pemain wildcard, Aifa tetap cemerlang selepas mencatat kemenangan 3-0 terhadap wakil dari Mesir itu.

Berdepan pemain di ranking ke-8 dunia, Aifa bagaimanapun diberikan tentangan sengit di set pertama. Namun pemain berusia 19 tahun itu berjaya menutup permainan tersebut dengan kemenangan 12-10. Rentak positif itu kemudian berterusan di set kedua 11-8 sebelum dia memelengkapkan kemenangan set ketiga dengan 11-4.

Aifa muncul pemain wanita Malaysia keempat beturut-turut mempertahankan gelaran selepas  Rachel Arnold, S Sivasangari dan Low Wee Wern. Sementara itu aksi lelaki dimenangi oleh Saurav Ghosal dari india yang menewaskan wakil Colombia Miguel Rodriguez dengan keputusan 3-0.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini