Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah dari Selangor Sofizah Mousin muncul johan, majlis tilawah Al-quran peringkat kebangsaan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor malam tadi.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala iringan berserta wang tunai tambahan RM10,000 bagi menunaikan haji.

Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, pada 17 hingga 22 Oktober depan.

Aiman Ridhwan Mohammad Ramlan, 24 tahun berkata, ini merupakan pencapaian terbaiknya selepas aktif mengaji sejak berusia 18 tahun.

Manakala qariah, Sofizah Mousin, 33 tahun memberitahu, percubaan kali ketiganya membuahkan hasil. 

Sementara itu, johan bagi kategori hafazan 30 juzuk, diraih Abdullah Ulwan Ismail dari Kelantan dan Nurjahidah Hadirah Alliar@Ilyas dari Johor.

Johor pula dinobatkan Johan keseluruhan edisi kali ini.

Terdahulu Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berkenan menyempurnakan Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini