Penyanyi Aina Abdul,terharu dan terkejut video nyanyian semulanya untuk lagu Easy On Me mendapat perhatian Adele dan dikongsi menerusi Instagram Story akaun Adele Access.

Bagi Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, pencapaian itu sangat bermakna kerana dia sendiri menjadikan penyanyi Britain itu sebagai idola terbesarnya selama ini.

Terdahulu, Adele Access yang menjadi akaun rasmi segala hal berkaitan kerjaya Adele berkongsi beberapa video nyanyian semula lagu Easy On Me. Ia dipilih secara rawak dari video nyanyian di seluruh dunia.

Video terbabit yang dimuat naik Aina pada minggu lalu berjaya meraih lebih 129,000 tontonan di Instagram dan lebih 21,800 tanda suka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini