Syarikat penerbangan domestik, AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak.

Penerbangan tambahan itu bagi tempoh terhad bermula 4 Disember lalu sehingga 5 Januari tahun depan. Menerusi kenyataan, AirAsia memaklumkan ini secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching dari sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala.

Justeru, tiket bagi tempoh itu juga hampir habis terjual sebaik jualan dibuka. Berhubung isu harga tiket Semenanjung ke Sarawak yang mahal menjelang perayaan Krismas, syarikat itu menjelaskan pihaknya memerlukan jumlah inventori yang tinggi untuk membolehkan penawaran harga tiket yang rendah kepada penumpang.

Pada tempoh pandemik, syarikat penerbangan itu mengendalikan 5 penerbangan sahaja ke Sarawak berbanding lebih 300 penerbangan mingguan sebelum pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini