Tiada banjir kilat berlaku hari ini di beberapa kawasan berisiko di Sabak Bernam, Selangor, susulan air pasang besar yang berlaku sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam,  Mohd Saufi Zakaria berkata Pantai Bagan Nakhoda Omar yang merupakan antara kawasan berisiko menghadapi air pasang besar mencatatkan bacaan paras air laut 3.7 meter setakat 5.30 petang tadi.

Antara kawasan lain yang turut berisiko ialah Bagan Sungai Lang, Bagan Parit Baru, Tebuk Mandailing, Sungai Air tawar dan Kampung raja

Pemantauan air pasang pagi tadi mendapati air berada di bawah paras 4 meter dan hanya berlaku limpahan kecil  di beberapa kawasan.

Anggota bomba Sabak Bernam juga menjalankan pemantauan secara berkala sehingga 5 Januari ini.


Penduduk terutama berdekatan pantai dinasihatk supaya sentiasa berwaspada dan bersedia sekiranya diarah berpindah.

Peniaga yang ditemui di Pantai berkenaan juga bersedia untuk berpindah jika paras air berada pada paras merbahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini