Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memberi pengecualian bayaran bil air bagi bulan Jan 2022 kepada pengguna akaun Domestik di Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengecualian tersebut merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diumumkan Kerajaan Negeri Selangor. 

Menurut kenyataan itu, pengguna terjejas banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik dan tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.

Bil air bulanan akan terus dikeluarkan sepanjang tempoh pengecualian bayaran namun pengguna yang layak menerima pengecualian tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor menerusi talian 15300 atau di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini