Polis menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah penduduk terjejas banjir akan dipindahkan di Hulu Dungun, ekoran limpahan air Sungai Dungun sedang membanjiri rumah penduduk susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, ia susulan daripada pembukaan sebuah lagi PPS di Kampung Shukor yang membabitkan 225 orang daripada 60 keluarga. 

Menurut Superintenden Baharudin, keadaan hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Dungun meningkat dan melimpah serta berkemungkinan beberapa kampung lagi berpotensi dinaiki air.
 
Beliau berkata, penduduk di kawasan berisiko telah mula dipindahkan sejak pukul 10 pagi semalam dengan dibantu beberapa agensi kerajaan termasuk polis, Bomba dan Penyelamat serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia.

Tambahnya, walaupun masih terdapat rumah penduduk yang belum dinaiki air, namun kebanyakan mereka mengambil inisiatif berpindah lebih awal kerana hujan masih lebat.
 
Pihaknya turut mewujudkan Markas Taktikal di Kampung Jongok Batu yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk.
 
 
Superintenden Baharudin berkata demikian selepas melakukan tinjauan situasi banjir di Kampung Pasir Raja dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkenaan petang semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini