Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Langat terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk; menyebabkan alat penapisan mekanikal tersumbat. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang merupakan anggota kumpulan Air Selangor kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah di muka sauk. Menurut SYABAS, insiden berkenaan dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat. Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang SYABAS untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini