AirAsia Group Bhd, akan membentangkan cadangan pertukaran nama syarikat kepada Capital A Bhd, pada mesyuarat agung luar biasa 27 Januari ini.

Ia bertujuan memberi identiti korporat baharu dengan gambaran lebih jelas mengenai perniagaan teras kumpulan dan usaha masa depan syarikat tersebut.

Ia seiring transformasi pesat AirAsia yang telah berkembang daripada syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan perjalanan digital dan gaya hidup.

Lembaga pengarah AirAsia turut berpendapat, langkah itu demi kepentingan terbaik syarikat.

Cadangan nama baharu itu telah mendapat kelulusan SSM dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

Jika diluluskan pemegang saham, ia akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran Notis Pendaftaran Nama Baharu oleh SSM kepada syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini