AirAsia pula akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 dan Lapangan Terbang Changi bermula hari pertama pelaksanaan VTL. Sebagai permulaan tujuh penerbangan seminggu ditawarkan syarikat tambang murah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat memaklumkan, jumlah penerbangan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ia akan turut melibatkan penerbangan bagi laluan ke bandar utama lain di Malaysia. AirAsia sedia menyambut para penumpang dengan pelaksanaan protokol perjalanan yang ketat demi keselamatan semua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini