AirAsia sasar dalam tempoh 6 bulan untuk kembali meraih pendapatan tinggi, menyamai tahap sebelum pandemik COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes optimis ianya mampu dicapai, disokong kejayaan program vaksinasi dan pembukaan sempadan secara berperingkat.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu akan menerima semula kakitangannya yang dibenarkan bercuti daripada tugas masing-masing, bermula Januari tahun depan. AirAsia juga dalam proses pengambilan semula khidmat pekerja yang diberhentikan sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini