Airasia Super App memperluas tawaran penerbangannya menerusi kerjasama dengan lebih 700 syarikat penerbangan antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App, Amanda Woo, kerjasama tersebut melibatkan lebih 3,0000 destinasi di serata dunia. Pengguna kini boleh menempah perjalanan dengan nilai terbaik ke pelbagai destinasi di luar rangkaian AirAsia meliputi Eropah, Afrika, Asia Barat dan Amerika.

Pihaknya komited untuk meneruskan kerjasama dengan pemain industri lain untuk merangsang permintaan perjalanan pada masa akan datang.

Dalam tempoh dua tahun, AirAsia Super App kini menjadi antara tiga ejen pelancongan terkemuka di ASEAN, dengan lebih 100 juta pengunjung dalam talian setiap bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini