Airasia Super App berhasrat memperkenal AirAsia Pocket ke Thailand, sebelum diperluas ke beberapa negara Asean.

Buat masa ini,  perkhidmatan e-dompet itu hanya tersedia kepada pengguna Super App di Malaysia menggunakan matawang ringgit.

Pengenalan ciri terbaharu itu dilihat bakal menjadi pelengkap kepada ekosistem AirAsia dan sekaligus mengoptimumkan potensi Super App.

Pengguna hanya perlu mengaktifkan perkhidmatan tersebut dalam aplikasi Super App sedia ada.

Perkhidmatan itu membolehkan pengguna menambah nilai baki dan membuat pembayaran bagi semua produk dan perkhidmatan yang tersedia, sekaligus meraih ganjaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini