AirAsia X Bhd (AAX) menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit kepada penumpang yang terjejas berikutan penstrukturan semula dilaksanakan syarikat berkenaan.

Kredit itu boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka.

Penumpang terjejas juga akan menerima pembayaran nilai hutang 0.5 peratus dan kelayakan berasaskan tunai lain.

Ini berdasarkan prestasi hasil tahunan selama tiga tahun seperti penyata penjelasan yang dihantar kepada semua pemiutang baru-baru ini.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia Group Bhd itu memaklumkan, kelayakan dan kredit perjalanan hanya boleh dilaksanakan jika AAX berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat-syarat skim tersebut.

Dalam pada itu, AirAsia X menjelaskan laporan media mengenai klasifikasi pengguna dan kelayakan mereka di bawah skim pengaturan yang disokong oleh 99 peratus daripada semua pemiutang.

Keutamaan syarikat adalah untuk penstrukturan semula dan permodalan semula AirAsia X secara menyeluruh supaya ia boleh kembali beroperasi sebagai salah satu pengendali penerbangan tambang murah jarak sederhana terkemuka di dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini