Penyanyi lagenda tanah air, Aishah baru-baru ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 pada Ahad lalu dan kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata dirinya agak tertekan disebabkan paras oksigen berada dalam keadaan tidak stabil.

Perkara tersebut turut dikongsikan Aishah menerusi hantaran Instagram untuk tatapan peminat.

Ujarnya lagi, dia berharap agar tidak ditidurkan kerana masih banyak tanggungjawab di bahu yang belum diselesaikan.

Dia dalam pada itu turut memohon ampun jika terdapat salah silap serta dosa seperti terkasar bahasa dan sebagainya sepanjang hidupnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini