Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap seorang lelaki bernama Muhammad Qasim Abdul Karim mengenai ajaran mimpi dibawanya yang mendakwa mengetahui peristiwa akhir zaman. 

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan awal JAIS mendapati lelaki itu tidak melakukan perbuatan itu di Selangor. 

Bagaimanapun, pihaknya akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu dalam kalangan penganut Islam di Selangor yang mempercayai, berpegang teguh, menyebar, mempengaruhi, mengikuti atau memperakui pandangan pernyataan mimpi Muhammad Qasim.
 
Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan yang ditetapkan oleh undang-undang mengenai perkara tersebut.
 
Justeru, beliau meminta masyarakat tidak mudah terpedaya dengan keyakinan terhadap perkara berkaitan agama yang bersifat terpencil dari pengetahuan awam kerana kebenaran dalam agama Islam khususnya dalam soal akidah adalah bersifat majoriti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini