Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan akaun bank. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Akaun bank akan disekat sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka yang tertunggak. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Halal Kebangsaan 2021 di Putrajaya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini