Skuad kebangsaan menerima tamparan apabila dua lagi pemain negara disahkan positif COVID-19.

Dua pemain itu adalah pemain sayap, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang dinobatkan Pemain Terbaik pada aksi pembukaan Kumpulan B Malaysia menentang Kemboja, Isnin lepas dan pemain pertahanan Quentin Cheng.

Perkembangan itu menyaksikan seramai empat daripada keseluruhan 24 pemain skuad Harimau Malaya di Singapura telah diuji positif COVID-19 selepas penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap, Muhammad Faisal Abdul Halim turut disahkan positif pada Ahad lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini