Akibat mengemukakan tuntutan insurans palsu, dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Munisipal Butterworth, Pulau Pinang.

Perlakuan itu telah mendorong syarikat The Pacific Insurans membayar wang tunai sebanyak RM 500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud tiga tahun lepas. 

Selepas pertuduhan dibaca dihadapan penolong pendaftar mahkamah Butterworth, Nigel Jirin.

Kedua-dua tertuduh Muhammad Akmal Aliff Omar, 29 tahun, dan Muhamad Rizal Ahmad, 35 tahun, mengaku salah.

Mengikut pertuduhan,  Muhammad Akmal Aliff telah membuat tuntutan dari
pihak insurans mengatakan Muhamad Rizal yang memandu motokar telah melanggar tertuduh semasa menunggang motorsikal di Lebuhraya Utara Selatan di KM 161.5 arah selatan pada 7 Februari  2018 sehingga menyebabkannya, putus tangan kiri paras bahu.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman di bawah Seksyen 34 Kanun sama.

Penolong pendaftar, Nigel kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 November ini sebagai tarikh sebutan keputusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini