Seorang bapa direman selama dua hari gara-gara ikutkan kehendak anak yang mahu melakukan aksi adiwira ala Superman dengan berpaut pada bumbung kenderaan.Malah aksi yang telah tular di media sosial itu turut disertai dua kanak-kanak lain iaitu anak jirannya, selain dirakam melanggar lampu isyarat merah.Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor.Turut dirampas kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut.Tiga kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun yang terbabit dalam kejadian itu juga sudah dipanggil dan diambil keterangan.Kes disiasat bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini