Prestasi hambar skuad kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu akan disiasat secara telus. Itu jaminan Badan siasatan bebas pasukan Harimau Malaya.

Mereka mahu setiap faktor dikenal pasti bagi membolehkan perkara sama tidak berulang.  Ketua Badan siasatan bebas, Datuk Dell Akbar Khan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur memaklumkan siasatan dilakukan menerusi penelitian terhadap laporan disediakan pengurusan pasukan kebangsaan.

Turut bakal dilaksana rakaman percakapan. Beliau memberi jaminan siasatan dijalankan dengan adil dan terbuka.

Bekas pemain kebangsaan itu menyifatkannya sebagai tanggungjawab bersama bagi memastikan bola sepak negara lebih maju.

Hasil siasatan dan langkah tambah baik bakal disyor badan bebas itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM. Harimau Malaya dikritik hebat selepas gagal layak ke separuh akhir Piala AFF 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini