Pernah tak anda bermain permainan memanah yang ada di pasar raya untuk mendapatkan hadiah? Bila tonton video ni mesti teringat momen masa kita kecil-kecil dulu.

Video yang dikongsi di Tiktok @treee28, dilihat seorang lelaki sedang menyertai acara memanah di sebuah pusat beli belah. Namun, anak panah mainan yang dilepaskan lelaki itu agak menyimpang dari sasaran.

Sebaliknya, anak panah itu terkena tepat pada dahi seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari situ. Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wanita itu setelah dipanah tepat di kepala. Video lucu itu berjaya mencapai lebih dari 100,000 tanda suka dan lebih sejuta tontonan oleh pelayar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini