Satu pindaan dalam perlembagaan negara perlu dilakukan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Menurut Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, undang-undang anti lompat parti ketika ini sedang diteliti oleh kerajaan. Bagaimanapun pelbagai perkara berkaitan perlu dilihat sebelum ianya di bawa ke bawa ke parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kes yang berlaku pada tahun 1992 dalam Mahkamah Persekutan Antara Kerajaan Kelantan, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Melawan Adun Pas, Nordin Salleh.

Terdahulu beliau hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab dan Lorong Nik Pa di Kota Bharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini