Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima satu lagi memorandum menyokong pelaksanaan akta baharu berkaitan kawalan hasil tembakau dan merokok.

Menerusi Twitternya, beliau menciap semula catatan dimuat naik pemilik akaun Dr. Helmy. Catatan beserta gambar memaparkan beliau menerima memorandum sokongan terhadap akta berkenaan.

Ia ditandatangani oleh pelbagai NGO dan individu. Memorandum diserahkan semasa Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat anjuran Kementerian Kesihatan di Melaka, baru-baru ini.

Akta baharu bagi melarang kegiatan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok, termasuk rokok elektronik ke atas generasi yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai ‘Generational End Game’, dijadual dibentang di Parlimen, bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini