Kerajaan sedang membuat kajian untuk meminda perundangan berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri
Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan, hasil kajian dan parameter bagi cadangan penambahbaikan akta 711 dijadual dibentang kepada Jemaah Menteri pada bulan depan. 

Setakat ini, kerajaan sedang membuat kajian untuk pindaan tersebut termasuk mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak pemegang taruh.
 
Ini termasuk sesi libat urus dengan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah.

Datuk Seri Dr. Wan Junaidi turut mengakui, terdapat kelemahan dalam sistem perundangan yang diperkenal sebelum ini mengikut garis panduan yang diberi Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah.
 
Justeru, sebarang cadangan dan maklum balas dialu-alukan daripada pelbagai pihak berhubung akta 711 bagi penambahbaikan sekaligus mengekang kes salah laku dan rasuah.
 
Penjelasan itu bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini